Saturday 28 February 2015

Majlis Solat Hajat UPSR 2015



Majlis solat hajat UPSR 2015 | Pada 17 Februari 2015, Surau An-Nur SK Padang Kubu sekali lagi menerima kehadiran tetamunya. Satu majlis solat hajat bagi pelajar² Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Majlis solat hajat ini adalah salah satu program yang dirangka oleh Unit Kurikulum melalui Skuad UPSR untuk pelajar² amnya dan pelajar Tahun 6 khususnya.



Ibu bapa dan penjaga pelajar Tahun 6 turut dijemput untuk memeriahkan majlis solat hajat berkenaan bersama² warga asrama SK Padang Kubu, guru² serta staff SK Padang Kubu. Sambutan daripada ibu bapa sangat mengalakkan walaupun pada sebelah siangnya satu majlis Program Cakna Waris Pelajar Tahun 6 telah diadakan.

Majlis dimulai dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah, bacaan yassin, solat fardhu Isyak seterusnya solat hajat di Surau An-Nur, SK Padang Kubu. 

Majlis tahlil secara ringkas turut diadakan. Majlis solat hajat dan tahlil tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Kamaruzzaman dan Ustaz Ismail, GPK HEM SK Padang Kubu. 

Majlis solat hajat dan tahlil ini juga dapat dilaksanakan dengan selesa di Surau An-Nur setelah dua hari sebelumnya pihak IKRAM Kemaman hadir menghulurkan bantuan berupa karpet dan peralatan surau.








Selepas majlis, hadirin diraikan dengan laksa lemak sebagai menu makan malam.





Semoga majlis solat hajat dan tahlil yang dijalankan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Mudah-mudahan kejayaan mampu digapai oleh pelajar² Tahun 6 dalam UPSR nanti. Ameen.

No comments:

Post a Comment