![]() |
Encik Zainal Subari sedang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ibu bapa dan penjaga. |
Program ini telah dirangka oleh Unit Skuad UPSR dibawah kelolaan Encik Marzuki. Tujuan Program Cakna Waris Pelajar Tahun 6 ini diadakan adalah untuk mengeratkan siratulrahim antara ibu bapa dan penjaga pelajar dengan guru² tahun 6.
Melalui program ini, pihak sekolah dapat menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan penjaga pelajar tentang pencapaian UPSR yang lalu, perancangan dan aktiviti² yang bakal dijalankan oleh pihak sekolah dibawah Unit Skuad UPSR untuk pelajar² tahun 6 sepanjang tahun ini. Ibu bapa dan penjaga juga mendapat feedback perkembangan akademik anak² mereka dari guru² subjek yang mengajar.
Guru² juga dapat mengenali ibu bapa dan penjaga pelajar tahun 6 secara lebih dekat serta berbincang mengenai kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar berkenaan dengan penjaga pelajar.
Antara aktiviti yang bakal diadakan untuk pelajar² tahun 6 sepanjang tahun.
Semoga program ini dapat memberi satu impak positif kepada ibu bapa, pelajar² dan juga pencapaian UPSR sekolah pada tahun ini.
Melalui program ini, pihak sekolah dapat menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan penjaga pelajar tentang pencapaian UPSR yang lalu, perancangan dan aktiviti² yang bakal dijalankan oleh pihak sekolah dibawah Unit Skuad UPSR untuk pelajar² tahun 6 sepanjang tahun ini. Ibu bapa dan penjaga juga mendapat feedback perkembangan akademik anak² mereka dari guru² subjek yang mengajar.
Guru² juga dapat mengenali ibu bapa dan penjaga pelajar tahun 6 secara lebih dekat serta berbincang mengenai kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar berkenaan dengan penjaga pelajar.
![]() |
Pn. Rosnah Ibrahim, ironladies Skuad UPSR SK Padang Kubu. |
![]() |
Barisan guru tahun 6 |
- Solat hajat
- Kem motivasi
- Kelas tambahan
- Kelas malam
- Riadah Ilmiah (pelajar di asrama)
- Bengkel teknik menjawab kertas peperiksaan
- Mento Mentee
Banyak lagi penambahan dan penambahbaikan aktiviti akan dilakukan oleh Skuad UPSR SK Padang Kubu dari masa ke semasa berdasarkan keperluan untuk pelajar.
![]() |
Sambutan dari ibu bapa dan penjaga amat ohsem |
![]() |
Kaum ibu menjuarai kehadiran untuk program hari ini. |
![]() |
Seorang bapa tengah kusyuk membaca pamplet yang diberi |
![]() |
Memberi sepenuh perhatian terhadap ucapan dan penerangan dari tuan guru besar. |
No comments:
Post a Comment