Saturday 10 January 2015

Gotong-royong pasca banjir



Gotong-royong pasca banjir | Pada 8.01.2015 sekali lagi SK Padang Kubu dibadai air banjir untuk kali ke-3 dan kali pertama untuk tahun 2015 yakni dua hari sebelum sesi persekolah baru dibuka.


Air banjir yang membawa lumpur sekali lagi mencemarkan persekitaran serta kelengkapan sekolah.

Sekali lagi skuad cakna komuniti dari Dun Kijal, masyarakat setempat dan para guru turun ke sekolah untuk misi pembersihan.

Alhamdulillah, berkat kerjasama dan keprihatinan dari semua pihak akhirnya misi pembersihan berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan sesi persekolahan dapat dibuka seperti yang telah dirancang.




No comments:

Post a Comment