Monday 12 January 2015

Program Transisi Tahun 1



Prorgram Transisi tahun 1 | Program ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan pendidikan tidak formal dirumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah. 

Perlaksanaan program ini dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.

Melalui program ini, ia dapat mempertingkatkan minat dan semangat murid untuk hadir ke sekolah tanpa banyak masalah.

Manakala guru-guru pula dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran dan pengajaran formal di tahun satu.


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang minggu transisi tahun satu.
  • Penerangan ringkas kepada ibu bapa/ penjaga.
  • Taklimat oleh badan disiplin sekolah.
  • Ucapan bertatasusila.
  • Melawat kawasan sekolah.
  • Taklimat SBPT.
  • Latihan nyanyian lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan dan lagu sekolah.
  • Melawat bilik-bilik khas.
  • Budaya membaca.
  • Dinamika kumpulan.
  • Mewarna.
  • Mengenal nombor.
  • Mengenal abjad.
  • Taklimat cara-cara menjaga kebersihan.
  • Sukaneka




Program Transisi Tahun 1 ini telah dilaksanakan selama dua minggu. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh tuan guru besar SK Padang Kubu Encik Zainal bin Subari pada 22.01.2015 di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong.

No comments:

Post a Comment