Sejarah




SK Padang Kubu telah dibuka pada 1 Januari 1970. Sekolah ini terletak diluar bandar. Jarak sekolah dari bandar terdekat iaitu bandar Chukai, Kemaman iaitu dalam lingkungan jarak 45KM. 

Luas kawasan sekolah ini adalah 2 1/ ekar. Asal sekolah ini dibina oleh Syarikat Ladang Sawit Padang Kubu, Kemaman. Bangunan asal adalah bangunan kayu yang bernilai RM7000.00. Pemilik sekolah ini pada awal penubuhannya adalah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

Pengasas bagi sekolah ini adalah Encik Chua Hood Chuan, Pengurus Agong Ladang Kelapa Sawit Padang Kubu ketika itu.

Jumlah bilangan murid ketika awal penubuhannya adalah 51 orang.  Faksilitinya pula terdiri daripada 3 buah bilik darjah, 1 buah pejabat, 1 bilik guru dan 1 bilik guru besar.

Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan asrama desa yang boleh menampung kapasiti pelajar seramai 30 semasa awal penubuhannya.

Pada Tahun 2010 satu pelan pembangunan telah dirangka untuk menaiktaraf bangunan sekolah, asrama dan kuarters guru. Dua bangunan blok baru telah ditambah untuk keselesaan warga SK Padang Kubu bekerja dan menuntut ilmu.



Dua blok Asrama setiap satu untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan juga telah dibina. Pada tahun 2014 asrama Raudhah SK Padang Kubu secara rasminya menerima penghuni yang pertama.


No comments:

Post a Comment