Tuesday 25 August 2015

Kelab Doktor Muda | Apa itu Demam Denggi?



Kelab Doktor Muda | Penyakit demam Denggi merupakan penyakit yang merbahaya dan merupakan pembunuh. Walaupun banyak kempen kesedaran tentang penyakit ini telah dijalankan dan diberi pendehahan oleh pihak kerajaan terutamanya melalui  Kementerian Kesihatan Malaysia namun celik ilmu penyakit Denggi dan kecaknaan masyarakat terhadap penyakit ini masih lagi rendah.

Oleh sebab itu, Kelab Doktor Muda SK Padang Kubu turut mengambil tanggungjawab untuk terus memberi kesedaran tentang bahaya penyakit demam Denggi kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar dengan mengadakan program kesedaran di sekolah seperti Kempen Cegah Denggi serta pengkongsian artikel ini di blog rasmi sekolah dengan harapan masyarakat akan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama kerajaan menangani masalah penyakit Denggi ini.


Apa itu Demam Denggi?


Demam denggi adalah disebabkan oleh Virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.


  • Tanda dan Gejala.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti :
  1. Demam panas
  2. Sakit kepala
  3. Sakit tulang belakang
  4. Sakit sendi-sendi
  5. Loya dan muntah-muntah
  6. Sakit biji mata
  7. Ruam
Apakah akan terjadi sekiranya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada Demam Denggi Biasa atau Demam Denggi Berdarah yang boleh membawa maut.
Demam Denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :-
  1. Mudah lebam
  2. Pendarahan di bawah kulit, hidung atau gusi
  3. Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.
Apakah perlu dilakukan untuk mencegah Demam Denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah Demam Denggi:
  • Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk.
  1. Membuang bekas yang boleh menakung air.
  2. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup.
  3. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  4. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
  5. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.

  • Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
  • Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti:
  1. Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
  2. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk.
  3. Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar sewaktu keluar rumah.
  4. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.
SUMBER

No comments:

Post a Comment