Sunday 23 August 2015

KEMPEN KESEDARAN ISU PALESTINE


Kempen Kesedaran Isu Palestine | Pada 20 Ogos 2015, satu program kempen kesedaran isu Palestine telah berlangsung di Surau An-Nur, SK Padang Kubu. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama pihak Aman Palestine Cawangan Kemaman dan Dungun yang diketuai oleh Encik Syahmiezan Bin Sharom, Pembantu Tadbir Eksekutif Aman Palestine Cawangan Kemaman dan Dungun beserta dua orang pembantu.


Kempen kesedaran isu² Palestine ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang telah dirangka untuk pengisian bulan kemerdekaan peringkat sekolah. 

Melalui program ini, murid² telah didedahkan dengan sejarah penubuhan negara Palestine, isu² Palestine serta tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam membantu saudara seagama di Palestine.



Murid² telah dipertontonkan video serta 'both' tentang penderitaan hidup warga Palestine akibat kekejaman tentera zionis Israel yang membunuh serta memusnahkan harta benda warga Palestine. 



Ustaz Ismail Bin Mamat, GPK Pentadbiran telah mewakili warga SK Padang Kubu menyempurnakan penyerahan sumbangan Tabung Aman Palestine yang telah dikumpul oleh warga SK Padang Kubu dan penyerahan cenderamata kepada Encik Syahmiezan Bin Sahrom wakil Aman Palestine Cawangan Kemaman dan Dungun.

No comments:

Post a Comment