Monday 16 March 2015

SK Padang Kubu mencipta sejarah di Kejohanan Balapan & Padang MSSD Kemaman 2015



Panji SK Padang Kubu berkibar megah dihari kejohanan
SK Padang Kubu mencipta sejarah | Kejohanan Balapan Dan padang MSSD Kemaman 2015 telah pun menutup tirainya. Kejohanan dwi tahunan itu telah menghimpunkan ramai atlit hebat dari sekolah² diseluruh daerah Kemaman.

Tahun 2015 membuka lembaran baru buat skuad elit olahraga SK Padang Kubu dimana mereka telah berjaya mencipta sejarah tersendiri di Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kemaman 2015. 




Kejayaan merangkul 3 emas, 2 perak dan 1 gangsa melayakkan kontinjen SK Padang Kubu dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kemaman 2015. Sekaligus memperbahurui rekod pencapai pada tahun 2014 iaitu dengan merangkul 1 emas dan 1 perak.

Pencapaian kontijen SK Padang Kubu di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kemaman 2015.

  1. Emas acara 100 P12 - Adik Nurul Nabila Natasha
  2. Emas acara 200 P12 - Adik Nurul Nabila Natasha
  3. Emas acara 4X200 P12 - Adik Nurul Nabila Natasha, Adik Ain Sakinah, Adik Nur Atikah dan Adik Sharifah Nur Fatihah.
  4. Perak acara 200 P12 - Adik Alif Qayyum
  5. Perak acara lari 80m berpagar P11 - Adik Ilya Sidratulmuntaha
  6. Gangsa acara lompat jauh P12 - Adik Sharofah Nur Fatihah.

Lebih manis lagi apabila atlit SK Padang Kubu iaitu adik Nurul Nabila Natasha telah dinobatkan sebagai olahragawati kategori P12 2015.

Olahragawati P12 2015
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri terengganu, Encik Zakaria bin Hussin. 

Guru Besar SKPK, Encik Zainal Subari sedang menerima hadiah berupa trofi dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Encik Zakaria Bin Hussin.
Kontinjen SKPK bergambar kenang-kenangan bersama Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
Bergambar kenangan bersama piala dan hadiah yang dimenangi

Untuk edisi kali ke-44 ini, kontijen SK Padang Kubu telah menghantar seramai 18 atlit untuk mengalas cabaran dan maruah sekolah dalam semua acara yang dipertandingkan bagi peringkat sekolah rendah.

Pencapaian yang ditunjukkan oleh atlit SK Padang Kubu amat memberangsangkan. Kebanyakkan atlit melepasi sasaran ke peringat akhir setiap acara yang mereka tandingi. Setiap keputusan anda boleh rujuk keputusan di facebook pages SK Padang Kubu Official.

Kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen semua pihak. Tanpa kerjasama dan doa dari semua, kejayaan ini tidak mungkin terhasil. Taniah semua semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Aksi² atlit Sk Padang Kubu yang sempat dirakam oleh lensa.

Ain Sakinah in action 
Nur Atikah in action
Ayu in action
Qayyum in action


No comments:

Post a Comment