Tuesday 25 August 2015

Kelab Doktor Muda | Kempen Cegah Denggi

Kempen Cegah Denggi | 20 Ogos 2015, Kelab Doktor Muda SK Padang Kubu telah melancarkan satu Program Kempen Cegah Denggi yang berlangsung di dewan Haji Abdul Rahman Limbong Sk Padang Kubu.



Menurut Cikgu Faradhilla Farhana selaku penyelaras Kelab Doktor Muda SK Padang Kubu, Kempen cegah Denggi ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli² Kelab Doktor Muda membina keyakinan diri ketika berinteraksi dengan audiens serta memberi pendedahan kepada seluruh warga sekolah tentang bahaya penyakit Denggi bawaan nyamuk Aedes kepada kehidupan manusia sejagat.

Antara pengisian aktiviti Program Kempen Cegah Denggi.
  • Penerangan tentang nyamuk Aedes dan penyakit Denggi.
  • Tayangan video tentang pembiakan nyamuk Aedes dan siptom² penyakit Denggi.
  • Aktiviti teka silang kata berkaitan penyakit Denggi oleh murid².
  • Demostrasi oleh Doktor Muda SK Padang Kubu tentang cara² untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.


Taniah diucapkan kepada penyelaras, guru² penasihat dan ahli Kelab Doktor Muda atas kejayaan program Kempen Cegah Denggi yang telah diadakan.

No comments:

Post a Comment