Tuesday 30 June 2015

Sambutan Ilya' Ramadhan


Sambutan Ilya' Ramadhan | Majlis Sambutan Ilya' Ramadhan telah diadakan pada 18 jun 2015 (Khamis) bertempat di dewan Haji Abdul Rahman Limbong SK Padang Kubu.

Antara objektif sambutan Ilya Ramadhan ini diadakan bertujuan untuk;
  • Meningkatkan jati diri murid² Islam dengan semangat yang kukuh.
  • Membimbing para pelajar untuk menjalani ibadah puasa dengan sesempurna mungkin.
  • Menghayati keberkatan dan keistemewaan bulan Ramadan .
  • Membudayakan pembudayaan Al-Quran melalui program tadarus dan khatam Al-Quran.

Majlis sambutan ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam yang diterajui oleh Ustazah Nor Azlina Shamsudin. Program seperti ini sering dijalankan oleh panitia tersebut ketika menyambut Bulan Ramadhan.


Majlis dimulakan dengan bacaan yassin. Seterusnya sesi penerangan ringkas tentang ibadah puasa oleh Ustazah Roslaini Yaakub. Majlis sambutan diteruskan lagi dengan pengagihan ole² dari panitia Pendidikan Agama Islam berupa buah kurma, buah tin dan kismis yang telah di pek kepada semua warga SK Padang Kubu.








Terdapat beberapa aktiviti yang diatur oleh panitia Pendidikan Agama Islam sepanjang bulan ramadhan agar ia dipenuhi dengan perkara-perkara berfaedah. Antra program yang diatur ialah Tadarus Al Quran untuk Guru SK Padang Kubu dan juga untuk murid². Murid dibahagikan kepada beberapa kelas/kumpulan dengan dibimbing oleh beberapa orang guru. Aktiviti ini dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.

Antara aktiviti² lain yang dirancang sepanjang bulan Ramadhan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam.

  • Majlis berbuka puasa - 25 Jun 2015
  • Kuiz sempena bulan Ramadhan - 5-9 Julai 2015
  • Pertandingan mewarna kad hari raya - 12-15 Julai 2015
  • Majlis Penutupan Ilya Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran - 15 Julai 2015

Admin dan seluruh warga SK Padang Kubu mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada para Ustaz dan Ustazah SK Padang Kubu kerana dapat mengadakan dan menjalankan aktiviti dalam melahirkan insan yang cemerlang (JERI). 

No comments:

Post a Comment