Thursday, 9 July 2015

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 1-5 [ Siri 1 ]



Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 1-5 [ Siri 1 ] | Satu program bertemu ibu bapa dan penjaga telah diadakan di SKPK pada hari ini. Program ini merupakan salah satu program yang dirangka oleh Unit Kurikulum yang diketuai oleh Ustaz Ismail Mamat selaku GPK Pentadbiran SKPK.

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 1-5 [ Siri 1 ] ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk memesrai warga sekolah terutamanya para guru yang mendidik dan juga bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk berbincang dengan guru mengenai prestasi akademik dan tingkah laku anak sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Selain itu, program ini juga bertujan untuk mencari pendekatan yang terbaik untuk pelajar belajar. Pendidikan bukan sahaja di sekolah malahan juga mesti mempunyai kesinambungan di rumah.  Anak-anak pelajar tidak sepatutnya hanya bergantung dapatan ilmu daripada guru di sekolah tetapi para ibubapa dan penjaga turut perlu cakna dan memberi perhatian khusus kepada anak-anak pelajar ini ketika berada dirumah. Terutamanya dalam mengulangkaji dan menyiapkan kerja rumah yang telah diberi oleh guru.

SKPK mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga kerana sudi datang ke SKPK pada hari ini. Semoga pada  Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 1-5 [ Siri 2 ]  yang akan datang mendapat sambutan lebih hebat lagi dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang lebih ramai.

No comments:

Post a Comment