Friday 10 July 2015

Iftar Jamaie SK Padang Kubu 2015


Iftar Jamaie SK Padang Kubu 2015 | Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Guru dan Kaki Tangan (KGKT) SK Padang Kubu telah menganjurkan majlis berbuka puasa serta solat hajat untuk murid-murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR 2015 pada 7 Julai yang lepas.

Majlis berbuka puasa ini melibatkan ahli keluarga KGKT SK Padang Kubu.  Antara jemputan kehormat adalah AJK PIBG SK Padang Kubu dan pengurus-pengurus ladang. Program ini telah dikelolakan bersama oleh Unit Kokurikulum dan Unit UPSR SK Padang Kubu.






Aktiviti bermula dengan majlis tahlil dan penyampaian sumbangan dari kelab KGKT kepada ahli yang baru mendirikan rumah tangga, kelahiran anak yang pertama di SK Padang Kubu, sumbangan kematian dan diikuti majlis berbuka puasa. 


Selepas berbuka puasa, semua ahli KGKT dan penghuni asrama Raudhah SK Padang Kubu solat Maghrib, Isya', solat hajat dan Terawih secara berjemah. Usai solat terawih, ahli dijamu roti jala sebagai juadah moreh.


Majlis diadakan agar dapat mengeratkan jalinan persaudaraan dan kekitaan di kalangan ahli KGKT SK Padang Kubu di samping mengharapkan barakah dan keampunan Allah SWT bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan bulan yang mulia ini..

No comments:

Post a Comment