Wednesday 25 March 2015

Majlis kesyukuran unit Ko-Kurikulum


Majlis kesyukuran unit Ko-Kurikulum | Selasa, 24 Mac - Satu majlis kesyukuran telah diadakan oleh unit Ko-kurikulum di atas kejayaan skuad elit olahraga SK Padang Kubu mengungguli kejohanan balapan dan padang MSSD Kemaman 2015 yang lalu sehingga SK Padang Kubu dinobatkan sebagai Johan keseluruhan dikejohanan tersebut.

Pencapaian yang memberangsangkan SK Padang Kubu dalam bidang ko-kurikulum ini bermula Januari lalu dimana atlit sekolah ini berjaya dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Kemaman. Atlit tersebut telah berjaya mewakili daerah Kemaman ke peringkat negeri yang diadakan di SMK Seri Bandi.

Kejayaan SK Padang Kubu berterusan dalam bidang ko-kurikulum bilamana skuad Bitara Ragbi telah berjaya mengekalkan kejuaraan selaku Johan Ragbi Bawah 12 yang diadakan di SK Seri Gelugor Februari yang lalu. Baca SINI untuk maklumat lanjut.

Keunggulan dan kecemerlangan sukan SK Padang Kubu diteruskan oleh skuad elit olahraga pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kemaman 2015  yang lalu selaku johan keseluruhan. Kejayaan ini merupakan satu sejarah buat SK Padang Kubu sejak penubuhannya dalam peta pendidikan negara.



Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh En. Syuhada. Seterusnya ucapan alu-aluan GPK Ko-Kurikulum, En. Mohd Johari B. Jusoh. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan tuan guru besar, En. Zainal Subari Bin Aku Bakar serta penyampaian cenderahati kepada para jurulatih yang terlibat serta imbuhan kepada atlit yang berjaya mendapat pingat dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kemaman 2015. Majlis diakhiri dengan makan tengahari.



Semoga kejayaan yang telah diraih ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang. Mencipta kejayaan itu mudah, nak mengekalkan kecemerlangan itu yang payah.

Kerjasama dari semua pihak amat-amat diperlukan bagi mengekalkan kemasyhuran SK Padang Kubu di Kemaman amnya dan Terengganu khususnya. 

Terima kasih kepada En. Mohd Johari Jusoh, GPK Ko-kurikulum SK Padang Kubu atas majlis yang julung kali diadakan ini. 

No comments:

Post a Comment