Sunday 22 March 2015

Majlis Penyampaian Pingat MSSD Kemaman 2015





Majlis Penyampaian Pingat MSSD Kemaman 2015 | Satu majlis ringkas penyampaian pingat kepada barisan atlit yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam kejohanan balapan dan padang MSSD Kemaman 2015 telah diadakan bagi merai sumbangan dan jasa bakti para atlit.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyuntik dan menarik minat pelajar lain untuk mewakili sekolah dalam acara sukan dimasa hadapan. Semoga ia dapat membakar semangat pelajar untuk bersaing secara sihat dan positif sesama mereka.

Majlis penyampaian pingat telah disempurnakan tuan guru besar, En.Zainal Subari Bin Aku Bakar.

Di dalam ucapan beliau, tuan guru besar amat berbangga atas kejayaan skuad elit olaharaga sekolah SK Padang Kubu kerana berjaya mencipta sejarah tersendiri. Pada tahun ini skuad elit olahraga dapat melonjakkan dan mengharumkan nama sekolah. Menjadi juara keseluruhan bukan satu kerja mudah dan enteng. Tamban pula, sekolah ini mempunyai jumlah murid yang kecil berbanding sekolah-sekolah besar yang lain yang sudah pasti mampu menghasilkan atlit yang ramai dan berkualiti. Namun, dengan latihan intensif yang konsisten serta kerja keras jurulatih dan kesungguhan para atlit ketika membuat latihan maka SK Padang Kubu telah membuktikan bahawa ia juga mampu berjaya dan menyinar dalam bidang sukan olahraga seperti sekolah-sekolah yang lain sekitar kemaman khususnya dan di Terengganu amnya.








Taniah dan syabas diucapkan di atas kejayaan skuad elit olah raga SK Padang Kubu menjadi johan keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kemamam 2015. Untuk bacaan lanjut kejayaan skuad elit olahraga SK Padang Kubu ini boleh klik SINI.

Jurulatih skuad elit olahraga ini terdiri daripada En. Kamarul Amir Razaizat, En. Mohd Parizal, Puan Azimah dan Cik Nur Faradhila Farhana selaku fisioterapi sepanjang kejohanan berlangsung.

Syabas dan taniah buat semua.

No comments:

Post a Comment