Monday 23 March 2015

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Sekolah Rendah PKG Kemasek


Adik Mohammad Akil Mukriz bergambar kenangan dengan hadiah yang dimenangi.

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Sekolah Rendah PKG Kemasek | Tahniah diucapkan kepada adik Mohammad Akil Mukriz dari SK Padang Kubu kerana telah berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan Bercerita Kisah² Nabi.

Perserta bercerita perempuan, adik Nor Aliyana bt Noor Aidil Izuan pula mendapat tempat ke-4 keseluruhan. Peserta bercerita telah dibimbing oleh Ustazah Zema Bt Yaacob.

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Sekolah Rendah PKG Kemasek telah berlangsung di SK Seri Bandi dan SK Seri Bandi 2 pada hari ini. 

Sebanyak 17 buah sekolah di bawah PKG Kemasik telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. 


Wakil SKPK bergambar kenangan dengan Guru Besar En. Zainal Subari Bin Aku Bakar dan Ustazah Zema Yaacob selaku guru pengiring serta jurulatih.
Guru² yang terlibat dalam melatih peserta² SKPK untuk pertandingan tersebut adalah Ustazah Zema Bt Yaakub, Ustazah Roslaini Bt Yaakob, Ustazah Nor Azlina Bt Shamsudin dan Ustak Kamarul Zaman Bin Nawang.

Taniah diucapkan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment