Saturday 28 February 2015

IKRAM Kemaman | Sumbangan bantuan banjir di SK Padang Kubu




Ternyata masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang prihatin dan pemurah. Keprihatinan masyarakat diluar sana masih lagi berterusan untuk warga SK Padang Kubu yang terkesan dengan banjir di penghujung Disember 2014 dan 8 Januari 2015 yang lalu.

Pada 15 Februari 2015, satu majlis penyerahan sumbangan bantuan banjir daripada IKRAM Kemaman kepada warga SK Padang Kubu telah diadakan di Dewan Abdul Rahman Limbong dan Surau An-Nur, SK Padang Kubu.




Majlis penyerahan sumbangan bantuan banjir tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan YDP IKRAM Kemaman, Hj Fakhrul Anuar b Zulkawi. Bantuan yang disalurkan adalah berupa al-quran dan juga karpet. 

Pada penghujung tahun 2014 yang lalu, peralatan di dalam Surau An-Nur musnah dan rosak teruk dibadai air banjir. Ada sesetengah peralatan dihanyutkan oleh air banjir.

Karpet baru siap dipasang.
Kredit foto: FB IKRAM Kemaman
Alhamdulillah,  Majlis Solat Hajat UPSR 2015 dan tahlil dapat didiadakan dengan selesa selepas Surau An-Nur mendapat sumbangan dari pihak IKRAM Kemaman.

Seluruh warga sekolah SK Padang Kubu mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha murni pihak IKRAM Kemaman dan IKRAM Malaysia atas kerja buat dan keprihatinan dalam menghulurkan bantuan kepada warga sekolah. Semoga ia mendapat redha dari Allah SWT.

Mudah-mudahan ukhuwah yang baru terbina ini akan terus terjalin dan seterusnya mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Berita lanjut tentang majlis penyerahan sumbangan bantuan banjir ini boleh dilayari di SINI dan di SINI.

No comments:

Post a Comment