Thursday 26 February 2015

Kem Nadwah Kempimpinan Pelajar SK Padang Kubu




Kem Nadwah Kepimpinan Pelajar❝Pemimpin Cilik Tunggak Kecemerlangan Masa Hadapan❞ merupakan motto bagi kem kepimpinan pelajar tahun 2015 ini.

Kem Nadwah Kepimpinan pelajar ini merupakan agenda tahunan Unit HEM bagi memberi pendedahan kepada para pelajar yang telah dilantik sebagai Pegawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang asas² kepimpinan.

Melalui kem ini para 'pemimpin kecil' yang dilantik oleh pihak sekolah ini akan dapat berdikari serta mampu memberikan corak kepimpinan yang boleh diteladani oleh rakan pelajar yang lain serta melicinkan gerak kerja yang direncanakan oleh pihak sekolah sepanjang sesi persekolahan berlangsung.

Bergambar sebelum bertolak ke lokasi kejadian.

Bertempat di Kem Wataniah Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu pada 12 dan 13 Feb 2015, para 'pemimpin kecil' berkumpul dan menimba ilmu.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan semasa kem berlangsung. Antaranya, ice breaking, LDK, kawad, aktiviti senaman, solat berjemaah, sesi ceramah, dan mengendalikan senjata.

Antara warna-warni yang sempat di rakam oleh lens sepanjang kem nadwah kepimpinan dijalankan.



Pendaftaran | Semua peserta kem teruja
Aktiviti LDK | Apa yang penting??? KERJASAMA!!!
Acara makan sampai kenyang
Aktiviti ceramah oleh pakar yang diterbangkan khas.
Sweet Memories | peserta bergambar kenangan bersama tulang belakang pengerak program

Semoga ia menjadi kenangan paling sweet dan berharga buat semua juwita dan arjuna SK Padang Kubu.

Jazakallah

No comments:

Post a Comment