Sunday 8 February 2015

Mesyuarat KGKT 2015


Mesyuarat KGKT 2015 | Telah diadakan di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong. Mesyuarat diadakan untuk membubarkan ahli jawatan kuasa yang lama dan melantik ahli jawatan kuasa yang baru.

Majlis pengundian telah diadakan dengan cara ahli² perlu mengisi nama setiap ahli yang difikirkan layak untuk menduduki jawatan tertinggi ke dalam borang yang telah disediakan.





Walau bagaimanapun, sesi pengundian telah dicemari dengan lebihan undi di mana jumlah undi keseluruhan bagi semua calon melebihi jumlah ahli yang hadir. Jumlah undi menjadi tidak valid disebabkan oleh masalah yang telah timbul. Walau bagaimanapun, proses pengundian diteruskan walaupun telah dibantah oleh ahli dan lantikan tetap diteruskan.





Situasi begini adalah tidak berapa comel memandangkan semua yang terlibat adalah dari kalangan mereka yang genius dan golongan profesional.

Semoga ada cahaya dipenghujung lorong.




Usai pengundian dan perlantikan AJK sesi 2015, ahli² menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Mereka menikmati juadah dengan zuhud dan tawaduk.


No comments:

Post a Comment