Friday 27 February 2015

Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn. Bhd sumbang bantuan banjir.



Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn. Bhd sumbang bantuan banjir | Pelajar² SK Padang Kubu sekali lagi dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Pada 24 Februari yang lalu, Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn. Bhd telah sudi menyumbangkan beg sekolah kepada seluruh pelajar SK Padang Kubu akibat banjir yang melanda penghujung tahun 2014 dan awal Januari 2015 yang lalu. 

Sumbangan daripada Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn.Bhd tersebut telah disempurnakan oleh  Pegawai Khas Adun Kijal, Tuan Haji Hamzah Bin Mohamad.



Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengurus Besar MALKO, Dato' Wan Marzuki Bin Haji Wan Sembok diatas usaha murni beliau menjayakan program sumbangan bantuan beg sekolah kepada seluruh pelajar SK Padang Kubu.



Semoga sumbangan yang di hulurkan memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran walaupun diuji dengan musibah banjir.

No comments:

Post a Comment