Wednesday 11 February 2015

Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik 2015.



Isnin, 10.02.2015 | SK Padang Kubu telah menghantar satu team bola jaring ke SK Kg Baru, Kerteh untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik. 

Pertandingan ini bertujuan untuk mengisi slot ke Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Kemaman 2015 yang bakal diadakan usai cuti Tahun Baru cina akan datang.


Semua sekolah di dalam PKG Kemasik telah menghantar team terbaik mereka untuk berentap di kejohanan edisi kali ini. Hanya yang terbaik sahaja yang bakal dinobatkan sebagai juara.

SK Padang Kubu telah diletakkan dalam kumpulan seperti jadual di bawah.



Antara keputusan perlawanan peringkat kumpulan yang diraih oleh team Sri Kandi bola jaring SK Padang Kubu.



Team Sri Kandi SK Padang Kubu akhirnya berjaya muncul sebagai naib johan kumpulan setelah tewas kepada SK Rantau Petronas. Mereka akan meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir menentang SK Bukit Anak Dara bagi penentuan ke slot separuh akhir. Taniah all.


Sri Kandi yang mengalas maruah SKPK
Kusyuk dan tawaduk mendengar taklimat dari pegawai kejohanan sebelum masuk ke gelanggang untuk menewaskan musuh
Semangat melawan yang sungguh luar biasa ketika beraksi menentang SK Kerteh
Goal shutter SKPK aim bola
Salam dulu, "aku tanya apa khabar....semua"
Semoga team Sri Kandi bola jaring SK Padang Kubu mampu melangkah lebih jauh lagi. Good luck all untuk suku akhir nanti.

Aja aja fighting!

No comments:

Post a Comment