Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) | Satu kursus penyebaran PPPB telah berjaya diadakan pada hari ini melibatkan guru-guru SK Padang Kubu. Kursus tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat SK Padang Kubu.
Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang matlamat diadakan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) adalah usaha bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta amalan profesional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya.
Objektif Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB).
- Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/pengurusan pendidikan secara berterusan.
- Memastikan PPP memperoleh (acquire), menambahbaik (improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan PdP, keberhasilan serta kemenjadian murid.
- Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri.
- Memenuhi keperluan PPP mengikuti kursus wajib PPPB sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh gred semasa.
Kursus penyebaran PPPB ini telah disampaikan oleh Puan Rosnah Ibrahim, GPK Pentadbiran SK Padang Kubu yang mewakili tuan guru besar En. Zainal Subari B. Abu Bakar.
No comments:
Post a Comment