Monday 9 February 2015

Sambutan Maulidur Rasul 2015 | Rasulullah S.A.W Junjungan Mulia


Sambutan Maulidur Rasul | Bertemakan 'Rasulullah S.A.W junjungan mulia', sambutan Maulidur Rasul telah diadakan secara sederhana tetapi meriah di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong SK Padang Kubu pada tahun ini.

Program ini merupakan antara program yang telah dirangka oleh Panitia Agama Islam SK Padang Kubu dalam senarai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun oleh panitia.

Program sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan sesi pendengaran ceramah oleh Al-fadhil Ustaz Muhammad Saifullah Bin Mamat dari Masjid Al-Muktafi Bilal Shah. Ceramah beliau sangat menarik. Beliau memulakan ceramah dengan menceritakan tentang salasilah Nabi S.A.W. Seterusnya menceritakan kepada murid² tentang kehebatan Rasulullah daripada seorang yang tidak tahu membaca sehinggalah menjadi seorang pemimpin hebat untuk umat. 

Banyak pengajaran dan nilai murni yang dapat audiens gali dari sesi ceramah beliau tadi. 


Gaya ceramah yang bersahaja dari seorang penceramah yang hebat.
Semua kusyuk mendengar ceremah.
Ceramah Al-fadhil Ustaz mendapat tumpuan dan penglibatan dari semua murid.
Antara wajah² yang sempat menginterframe pada lensa 
Majlis diserikan lagi dengan aktiviti berselawat oleh warga SK Padang Kubu bersama Al-fadhil Ustaz Muhammad Saifullah Bin Mamat.





Penutupan Program Ceramah Maulidur Rasul 2015 diserikan lagi dengan penyampaian cenderamata oleh tuan guru besar Encik Zainal Subari Bin Abu Bakar kepada Al-fadhil Ustaz Muhammad Saifullah Bin Mamat sebagai tanda kenang²an atas kesudian beliau berkongsi ilmu dengan warga Padang Kubu.



Mudah²an dengan majlis ilmu seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Padang Kubu pantas mendapat berkat dari Allah Yang Maha Esa.

Semoga kita semua tetap istiqamah untuk menjadikan Baginda Rasulullah S.A.W sebagai idola dan role model dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah dibumi yang bertuah ini.

Jazakallah.

No comments:

Post a Comment