Thursday 12 February 2015

SKPK di sekat Meraga Beris


SKPK di sekat Meraga Beris | Kemaraan SK Padang Kubu  (SKPK) dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik 2015 disekat kemaraannya oleh SK Meraga Beris di peringkat separuh akhir pada petang semalam dengan jumlah jaringan yang sangat tipis. 

SK Padang Kubu tewas kepada SK Meraga Beris dengan jumlah jaringan SKPK (10) dan SK Meraga Beris (11). 

Perbezaan hanya satu jaringan sehingga ke wisel penamat melenyapkan cita² SKPK untuk melangkah ke final dan seterusnya menjejaki podium kejuaraan.





Pada perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4, SKPK telah tewas kepada SK Sri Bandi 2 dengan keputusan 6 SKPK dan 8 SK Sri Bandi 2. 



Sebelum itu, pada perlawanan peringkat suku akhir, SKPK telah menewaskan SK Bukit Anak Dara dengan keputusan 18-14 dalam masa tambahan. Pada awalnya keputusan seri, 11-11.


pemain SKPK (bit purple) sedang menghalang kemaraan pihak lawan
Goal shutter SKPK aim bola
Menurut GPK Kokurikulum SKPK, Encik Johari Jusoh,
Pelan pembangunan kebitaraan sukan akan diperkemaskan lagi nanti. Kita juga akan memperkemaskan dan mempertingkatkan latihan untuk skuad bitara bola jaring sekolah secara sistematik dan holistik dimasa hadapan. 

Pelajar kita bukan tidak mampu memberikan persaingan. Melihat kepada aksi dan jumlah mata yang kita perolehi berbanding pihak lawan, sememangnya pelajar kita ada semangat untuk melawan. Cuma, mereka mungkin sedikit gugup bila berada ditengah gelanggang. ujar beliau lagi.

Walaupun hanya menduduki tempat ke-4, ia adalah satu pencapaian yang memberangsangkan untuk skuad bola jaring SKPK. Pada kejohanan edisi yang lepas, skuad bola jaring SKPK telah kandas dipusingan suku akhir. Pada tahun 2015 ini, mara ke peringkat separuh akhir dan mendapat tempat ke-4 adalah satu pencapaian yang terbaik dan membanggakan.

Beliau juga mengucapkan taniah kepada skuad sri kandi bola jaring SKPK atas semangat kesukanan yang ditunjukkan serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru² yang turun melatih. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang tidak jemu memberi sokongan kepada pasukan bola jaring SKPK.

No comments:

Post a Comment