Monday 9 February 2015

Taklimat untuk peserta kem Nadwah


Taklimat peserta kem Nadwah | Satu taklimat ringkas berkenaan kem kepimpinan pengawas (Sekolah, PSS dan SPBT telah diadakan di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong. Taklimat telah disampaikan oleh ketua koordinator Encik Kamaruzzaman Bin Nawang merangkap ketua Unit Disiplin SK Padang kubu.

Taklimat ringkas ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada peserta tentang perjalanan aktiviti sepanjang kem berlangsung dan keperluan² yang perlu peserta sediakan sebelum bertolak ke lokasi kejadian pada 12-13hb Feb 2015.


Antara keperluan² asas yang perlu peserta sediakan.
  • Ubat gigi dan berus gigi
  • Sabun mandi/mandian
  • Ubat-ubatan (perserta yang perlu makan ubat mengikut tempoh masa tertentu)
  • T-shirt (berkolar dan berlenggang panjang bagi peserta perempuan)
  • Seluar track
  • Seluar slack
  • Kasut sukan
  • Selipar
  • Telekung solat/kain pelikat/songkok/kopiah
  • Dan lain² yang difikirkan sesuai.
Aktiviti semasa kem akan dijalankan secara santai dan murid disarankan membawa baju t-shirt yang mencukupi untuk mengelak sebarang kesulitan.

Mudah²an apa yang telah dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga kem kepimpinan ini nanti dapat memberi segunung manfaat buat semua peserta. 

Jazakallah.



No comments:

Post a Comment