Saturday 28 February 2015

IKRAM Kemaman | Sumbangan bantuan banjir di SK Padang Kubu




Ternyata masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang prihatin dan pemurah. Keprihatinan masyarakat diluar sana masih lagi berterusan untuk warga SK Padang Kubu yang terkesan dengan banjir di penghujung Disember 2014 dan 8 Januari 2015 yang lalu.

Pada 15 Februari 2015, satu majlis penyerahan sumbangan bantuan banjir daripada IKRAM Kemaman kepada warga SK Padang Kubu telah diadakan di Dewan Abdul Rahman Limbong dan Surau An-Nur, SK Padang Kubu.

Majlis Solat Hajat UPSR 2015



Majlis solat hajat UPSR 2015 | Pada 17 Februari 2015, Surau An-Nur SK Padang Kubu sekali lagi menerima kehadiran tetamunya. Satu majlis solat hajat bagi pelajar² Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Majlis solat hajat ini adalah salah satu program yang dirangka oleh Unit Kurikulum melalui Skuad UPSR untuk pelajar² amnya dan pelajar Tahun 6 khususnya.


Friday 27 February 2015

Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn. Bhd sumbang bantuan banjir.



Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn. Bhd sumbang bantuan banjir | Pelajar² SK Padang Kubu sekali lagi dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Pada 24 Februari yang lalu, Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn. Bhd telah sudi menyumbangkan beg sekolah kepada seluruh pelajar SK Padang Kubu akibat banjir yang melanda penghujung tahun 2014 dan awal Januari 2015 yang lalu. 

Pelancaran Program NILAM




Pelancaran Program NILAM 2015 | Tarikh 18 Februari telah dipilih bagi melancarkan Program NILAM peringkat sekolah SK Padang Kubu tahun ini. Tema yang diangkat oleh Unit NILAM tahun ini adalah Budaya Membaca Budaya 1 Malaysia.

Thursday 26 February 2015

Kem Nadwah Kempimpinan Pelajar SK Padang Kubu




Kem Nadwah Kepimpinan Pelajar❝Pemimpin Cilik Tunggak Kecemerlangan Masa Hadapan❞ merupakan motto bagi kem kepimpinan pelajar tahun 2015 ini.

Kem Nadwah Kepimpinan pelajar ini merupakan agenda tahunan Unit HEM bagi memberi pendedahan kepada para pelajar yang telah dilantik sebagai Pegawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang asas² kepimpinan.

Wednesday 25 February 2015

Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB)



Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) | Satu kursus penyebaran PPPB telah berjaya diadakan pada hari ini melibatkan guru-guru SK Padang Kubu. Kursus tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat SK Padang Kubu. 

Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang matlamat diadakan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.  

Tuesday 17 February 2015

Program Cakna Waris Pelajar Tahun Enam 2015


Encik Zainal Subari sedang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ibu bapa
dan penjaga.
Program Cakna Waris Pelajar Tahun 6 | Satu majlis perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga pelajar tahun 6 telah diadakan di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong SK Padang Kubu.

Program ini telah dirangka oleh Unit Skuad UPSR dibawah kelolaan Encik Marzuki. Tujuan Program Cakna Waris Pelajar Tahun 6 ini diadakan adalah untuk mengeratkan siratulrahim antara ibu bapa dan penjaga pelajar dengan guru² tahun 6.

Thursday 12 February 2015

SKPK di sekat Meraga Beris


SKPK di sekat Meraga Beris | Kemaraan SK Padang Kubu  (SKPK) dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik 2015 disekat kemaraannya oleh SK Meraga Beris di peringkat separuh akhir pada petang semalam dengan jumlah jaringan yang sangat tipis. 

SK Padang Kubu tewas kepada SK Meraga Beris dengan jumlah jaringan SKPK (10) dan SK Meraga Beris (11). 

Perbezaan hanya satu jaringan sehingga ke wisel penamat melenyapkan cita² SKPK untuk melangkah ke final dan seterusnya menjejaki podium kejuaraan.

Wednesday 11 February 2015

Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik 2015.



Isnin, 10.02.2015 | SK Padang Kubu telah menghantar satu team bola jaring ke SK Kg Baru, Kerteh untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik. 

Pertandingan ini bertujuan untuk mengisi slot ke Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Kemaman 2015 yang bakal diadakan usai cuti Tahun Baru cina akan datang.

Monday 9 February 2015

Friendly Match Today | Nettball



Friendly Match Today | Pasukan bola jaring Sk Padang Kubu pada hari ini telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan SK Sri Bandi 2 bertempat di padang SK Sri Bandi 2.

Mengikut jurulatih utama pasukan bola jaring, Puan Maliza Simbak, tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti kekurangan yang ada pada pasukan dan membuat sedikit penambahbaikkan dalam bentuk latihan sebelum perlawanan sebenar berlangsung.

SK Padang Kubu Johan Raqbi Sentuh Peringkat Daerah Kemaman 2015.



SK Padang Kubu Johan Raqbi Sentuh Peringkat Daerah Kemaman | Sekalung taniah diucapkan kepada team raqbi SK Padang Kubu di atas kejayaan menjadi johan raqbi sentuh peringkat daerah Kemaman tahun 2015 sekaligus berjaya mengekalkan kejuaraan pada tahun 2014.

Buah fikir GPK Kokurikulum Encik Johari Jusoh menjadikan raqbi sentuh kebitaraan sukan sekolah merupakan satu langkah yang tepat. Pembangunan sukan raqbi secara efesien dan holistik menjadi pemangkin kearah kejayaan pasukan ini dalam meraih kemenangan. Latihan yang berterusan dan sistematik oleh jurulatih utama Encik Effendi juga antara faktor kemantapan pasukan raqbi sentuh Sk Padang Kubu pada tahun ini.

Taklimat untuk peserta kem Nadwah


Taklimat peserta kem Nadwah | Satu taklimat ringkas berkenaan kem kepimpinan pengawas (Sekolah, PSS dan SPBT telah diadakan di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong. Taklimat telah disampaikan oleh ketua koordinator Encik Kamaruzzaman Bin Nawang merangkap ketua Unit Disiplin SK Padang kubu.

Sambutan Maulidur Rasul 2015 | Rasulullah S.A.W Junjungan Mulia


Sambutan Maulidur Rasul | Bertemakan 'Rasulullah S.A.W junjungan mulia', sambutan Maulidur Rasul telah diadakan secara sederhana tetapi meriah di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong SK Padang Kubu pada tahun ini.

Program ini merupakan antara program yang telah dirangka oleh Panitia Agama Islam SK Padang Kubu dalam senarai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun oleh panitia.

Sunday 8 February 2015

Mesyuarat KGKT 2015


Mesyuarat KGKT 2015 | Telah diadakan di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong. Mesyuarat diadakan untuk membubarkan ahli jawatan kuasa yang lama dan melantik ahli jawatan kuasa yang baru.

Majlis pengundian telah diadakan dengan cara ahli² perlu mengisi nama setiap ahli yang difikirkan layak untuk menduduki jawatan tertinggi ke dalam borang yang telah disediakan.


SK Selayang Baru 1 | Konvoi Kami Prihatin





Misi Bantuan Banjir dan Jalinan Ukhuwah | Siang tadi SK Padang Kubu telah dilawati oleh rakan² guru dari SK Selayang Baru 1, Selangor. Konvoi tersebut di ketuai oleh Encik Nor Azri Ahmad yang mewakili guru besar SK Selayang Baru 1, puan Ruhayah Binti Abd Rahman dalam misi menyalurkan bantuan banjir. Konvoi beliau terdiri dari 30 orang peserta.

Mengikut Encik Nor Azri Ahmad, konvoi beliau tiba di Kemaman pagi semalam (Sabtu). Mereka bermula di Seberang Tayor memberikan sumbangan kepada keluarga miskin dan surau yang terjejas akibat bencana banjir yang lepas.

Monday 2 February 2015

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Kemaman 2015.


Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Kemaman 2015 | Pada 25.01.2015 SK Padang Kubu (SKPK) telah menghantar seramai lapan orang peserta (4 lelaki dan 4 perempuan) bagi mewakili sekolah ke pertandingan merentas desa peringat daerah yang telah diadakan di SMK Sri Bandi, Kemaman.

Barisan belakang dari kiri: Nabila (Ayu), Alif, Qayyum, Akif Irfan dan Amirul
Barisan depan dari kiri: Atikah, Sharifah, Sarah dan Rahina.