Tuesday 25 August 2015

Kelab Doktor Muda | Apa itu Demam Denggi?



Kelab Doktor Muda | Penyakit demam Denggi merupakan penyakit yang merbahaya dan merupakan pembunuh. Walaupun banyak kempen kesedaran tentang penyakit ini telah dijalankan dan diberi pendehahan oleh pihak kerajaan terutamanya melalui  Kementerian Kesihatan Malaysia namun celik ilmu penyakit Denggi dan kecaknaan masyarakat terhadap penyakit ini masih lagi rendah.

Oleh sebab itu, Kelab Doktor Muda SK Padang Kubu turut mengambil tanggungjawab untuk terus memberi kesedaran tentang bahaya penyakit demam Denggi kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar dengan mengadakan program kesedaran di sekolah seperti Kempen Cegah Denggi serta pengkongsian artikel ini di blog rasmi sekolah dengan harapan masyarakat akan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama kerajaan menangani masalah penyakit Denggi ini.

Kelab Doktor Muda | Kempen Cegah Denggi

Kempen Cegah Denggi | 20 Ogos 2015, Kelab Doktor Muda SK Padang Kubu telah melancarkan satu Program Kempen Cegah Denggi yang berlangsung di dewan Haji Abdul Rahman Limbong Sk Padang Kubu.



Sunday 23 August 2015

KEMPEN KESEDARAN ISU PALESTINE


Kempen Kesedaran Isu Palestine | Pada 20 Ogos 2015, satu program kempen kesedaran isu Palestine telah berlangsung di Surau An-Nur, SK Padang Kubu. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama pihak Aman Palestine Cawangan Kemaman dan Dungun yang diketuai oleh Encik Syahmiezan Bin Sharom, Pembantu Tadbir Eksekutif Aman Palestine Cawangan Kemaman dan Dungun beserta dua orang pembantu.


Friday 10 July 2015

Iftar Jamaie SK Padang Kubu 2015


Iftar Jamaie SK Padang Kubu 2015 | Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Guru dan Kaki Tangan (KGKT) SK Padang Kubu telah menganjurkan majlis berbuka puasa serta solat hajat untuk murid-murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR 2015 pada 7 Julai yang lepas.

Thursday 9 July 2015

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 1-5 [ Siri 1 ]



Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 1-5 [ Siri 1 ] | Satu program bertemu ibu bapa dan penjaga telah diadakan di SKPK pada hari ini. Program ini merupakan salah satu program yang dirangka oleh Unit Kurikulum yang diketuai oleh Ustaz Ismail Mamat selaku GPK Pentadbiran SKPK.

Tuesday 30 June 2015

Sambutan Ilya' Ramadhan


Sambutan Ilya' Ramadhan | Majlis Sambutan Ilya' Ramadhan telah diadakan pada 18 jun 2015 (Khamis) bertempat di dewan Haji Abdul Rahman Limbong SK Padang Kubu.

Antara objektif sambutan Ilya Ramadhan ini diadakan bertujuan untuk;
  • Meningkatkan jati diri murid² Islam dengan semangat yang kukuh.
  • Membimbing para pelajar untuk menjalani ibadah puasa dengan sesempurna mungkin.
  • Menghayati keberkatan dan keistemewaan bulan Ramadan .
  • Membudayakan pembudayaan Al-Quran melalui program tadarus dan khatam Al-Quran.

Program Satu Hari Bersama Bomba | Pra Sekolah Ceria




Program Satu Hari Bersama Bomba | Satu program murid Pra Sekolah Ceria SK Padang Kubu bersama bomba telah diadakan baru² ini. Pasukan bomba dari balai bomba Cheneh, Kemaman telah dijemput untuk menjayakan program tersebut.

Wednesday 25 March 2015

Majlis kesyukuran unit Ko-Kurikulum


Majlis kesyukuran unit Ko-Kurikulum | Selasa, 24 Mac - Satu majlis kesyukuran telah diadakan oleh unit Ko-kurikulum di atas kejayaan skuad elit olahraga SK Padang Kubu mengungguli kejohanan balapan dan padang MSSD Kemaman 2015 yang lalu sehingga SK Padang Kubu dinobatkan sebagai Johan keseluruhan dikejohanan tersebut.

Monday 23 March 2015

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Sekolah Rendah PKG Kemasek


Adik Mohammad Akil Mukriz bergambar kenangan dengan hadiah yang dimenangi.

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Sekolah Rendah PKG Kemasek | Tahniah diucapkan kepada adik Mohammad Akil Mukriz dari SK Padang Kubu kerana telah berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan Bercerita Kisah² Nabi.

Sunday 22 March 2015

Majlis Penyampaian Pingat MSSD Kemaman 2015





Majlis Penyampaian Pingat MSSD Kemaman 2015 | Satu majlis ringkas penyampaian pingat kepada barisan atlit yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam kejohanan balapan dan padang MSSD Kemaman 2015 telah diadakan bagi merai sumbangan dan jasa bakti para atlit.

Monday 16 March 2015

SK Padang Kubu mencipta sejarah di Kejohanan Balapan & Padang MSSD Kemaman 2015



Panji SK Padang Kubu berkibar megah dihari kejohanan
SK Padang Kubu mencipta sejarah | Kejohanan Balapan Dan padang MSSD Kemaman 2015 telah pun menutup tirainya. Kejohanan dwi tahunan itu telah menghimpunkan ramai atlit hebat dari sekolah² diseluruh daerah Kemaman.

Tahun 2015 membuka lembaran baru buat skuad elit olahraga SK Padang Kubu dimana mereka telah berjaya mencipta sejarah tersendiri di Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kemaman 2015. 

Saturday 28 February 2015

IKRAM Kemaman | Sumbangan bantuan banjir di SK Padang Kubu




Ternyata masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang prihatin dan pemurah. Keprihatinan masyarakat diluar sana masih lagi berterusan untuk warga SK Padang Kubu yang terkesan dengan banjir di penghujung Disember 2014 dan 8 Januari 2015 yang lalu.

Pada 15 Februari 2015, satu majlis penyerahan sumbangan bantuan banjir daripada IKRAM Kemaman kepada warga SK Padang Kubu telah diadakan di Dewan Abdul Rahman Limbong dan Surau An-Nur, SK Padang Kubu.

Majlis Solat Hajat UPSR 2015



Majlis solat hajat UPSR 2015 | Pada 17 Februari 2015, Surau An-Nur SK Padang Kubu sekali lagi menerima kehadiran tetamunya. Satu majlis solat hajat bagi pelajar² Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Majlis solat hajat ini adalah salah satu program yang dirangka oleh Unit Kurikulum melalui Skuad UPSR untuk pelajar² amnya dan pelajar Tahun 6 khususnya.


Friday 27 February 2015

Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn. Bhd sumbang bantuan banjir.



Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn. Bhd sumbang bantuan banjir | Pelajar² SK Padang Kubu sekali lagi dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Pada 24 Februari yang lalu, Syarikat MALKO Flanges dan Fittings (M) Sdn. Bhd telah sudi menyumbangkan beg sekolah kepada seluruh pelajar SK Padang Kubu akibat banjir yang melanda penghujung tahun 2014 dan awal Januari 2015 yang lalu. 

Pelancaran Program NILAM




Pelancaran Program NILAM 2015 | Tarikh 18 Februari telah dipilih bagi melancarkan Program NILAM peringkat sekolah SK Padang Kubu tahun ini. Tema yang diangkat oleh Unit NILAM tahun ini adalah Budaya Membaca Budaya 1 Malaysia.

Thursday 26 February 2015

Kem Nadwah Kempimpinan Pelajar SK Padang Kubu




Kem Nadwah Kepimpinan Pelajar❝Pemimpin Cilik Tunggak Kecemerlangan Masa Hadapan❞ merupakan motto bagi kem kepimpinan pelajar tahun 2015 ini.

Kem Nadwah Kepimpinan pelajar ini merupakan agenda tahunan Unit HEM bagi memberi pendedahan kepada para pelajar yang telah dilantik sebagai Pegawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang asas² kepimpinan.

Wednesday 25 February 2015

Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB)



Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) | Satu kursus penyebaran PPPB telah berjaya diadakan pada hari ini melibatkan guru-guru SK Padang Kubu. Kursus tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat SK Padang Kubu. 

Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang matlamat diadakan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.  

Tuesday 17 February 2015

Program Cakna Waris Pelajar Tahun Enam 2015


Encik Zainal Subari sedang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ibu bapa
dan penjaga.
Program Cakna Waris Pelajar Tahun 6 | Satu majlis perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga pelajar tahun 6 telah diadakan di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong SK Padang Kubu.

Program ini telah dirangka oleh Unit Skuad UPSR dibawah kelolaan Encik Marzuki. Tujuan Program Cakna Waris Pelajar Tahun 6 ini diadakan adalah untuk mengeratkan siratulrahim antara ibu bapa dan penjaga pelajar dengan guru² tahun 6.

Thursday 12 February 2015

SKPK di sekat Meraga Beris


SKPK di sekat Meraga Beris | Kemaraan SK Padang Kubu  (SKPK) dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik 2015 disekat kemaraannya oleh SK Meraga Beris di peringkat separuh akhir pada petang semalam dengan jumlah jaringan yang sangat tipis. 

SK Padang Kubu tewas kepada SK Meraga Beris dengan jumlah jaringan SKPK (10) dan SK Meraga Beris (11). 

Perbezaan hanya satu jaringan sehingga ke wisel penamat melenyapkan cita² SKPK untuk melangkah ke final dan seterusnya menjejaki podium kejuaraan.

Wednesday 11 February 2015

Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik 2015.



Isnin, 10.02.2015 | SK Padang Kubu telah menghantar satu team bola jaring ke SK Kg Baru, Kerteh untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik. 

Pertandingan ini bertujuan untuk mengisi slot ke Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Kemaman 2015 yang bakal diadakan usai cuti Tahun Baru cina akan datang.

Monday 9 February 2015

Friendly Match Today | Nettball



Friendly Match Today | Pasukan bola jaring Sk Padang Kubu pada hari ini telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan SK Sri Bandi 2 bertempat di padang SK Sri Bandi 2.

Mengikut jurulatih utama pasukan bola jaring, Puan Maliza Simbak, tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti kekurangan yang ada pada pasukan dan membuat sedikit penambahbaikkan dalam bentuk latihan sebelum perlawanan sebenar berlangsung.

SK Padang Kubu Johan Raqbi Sentuh Peringkat Daerah Kemaman 2015.



SK Padang Kubu Johan Raqbi Sentuh Peringkat Daerah Kemaman | Sekalung taniah diucapkan kepada team raqbi SK Padang Kubu di atas kejayaan menjadi johan raqbi sentuh peringkat daerah Kemaman tahun 2015 sekaligus berjaya mengekalkan kejuaraan pada tahun 2014.

Buah fikir GPK Kokurikulum Encik Johari Jusoh menjadikan raqbi sentuh kebitaraan sukan sekolah merupakan satu langkah yang tepat. Pembangunan sukan raqbi secara efesien dan holistik menjadi pemangkin kearah kejayaan pasukan ini dalam meraih kemenangan. Latihan yang berterusan dan sistematik oleh jurulatih utama Encik Effendi juga antara faktor kemantapan pasukan raqbi sentuh Sk Padang Kubu pada tahun ini.

Taklimat untuk peserta kem Nadwah


Taklimat peserta kem Nadwah | Satu taklimat ringkas berkenaan kem kepimpinan pengawas (Sekolah, PSS dan SPBT telah diadakan di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong. Taklimat telah disampaikan oleh ketua koordinator Encik Kamaruzzaman Bin Nawang merangkap ketua Unit Disiplin SK Padang kubu.

Sambutan Maulidur Rasul 2015 | Rasulullah S.A.W Junjungan Mulia


Sambutan Maulidur Rasul | Bertemakan 'Rasulullah S.A.W junjungan mulia', sambutan Maulidur Rasul telah diadakan secara sederhana tetapi meriah di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong SK Padang Kubu pada tahun ini.

Program ini merupakan antara program yang telah dirangka oleh Panitia Agama Islam SK Padang Kubu dalam senarai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun oleh panitia.

Sunday 8 February 2015

Mesyuarat KGKT 2015


Mesyuarat KGKT 2015 | Telah diadakan di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong. Mesyuarat diadakan untuk membubarkan ahli jawatan kuasa yang lama dan melantik ahli jawatan kuasa yang baru.

Majlis pengundian telah diadakan dengan cara ahli² perlu mengisi nama setiap ahli yang difikirkan layak untuk menduduki jawatan tertinggi ke dalam borang yang telah disediakan.


SK Selayang Baru 1 | Konvoi Kami Prihatin





Misi Bantuan Banjir dan Jalinan Ukhuwah | Siang tadi SK Padang Kubu telah dilawati oleh rakan² guru dari SK Selayang Baru 1, Selangor. Konvoi tersebut di ketuai oleh Encik Nor Azri Ahmad yang mewakili guru besar SK Selayang Baru 1, puan Ruhayah Binti Abd Rahman dalam misi menyalurkan bantuan banjir. Konvoi beliau terdiri dari 30 orang peserta.

Mengikut Encik Nor Azri Ahmad, konvoi beliau tiba di Kemaman pagi semalam (Sabtu). Mereka bermula di Seberang Tayor memberikan sumbangan kepada keluarga miskin dan surau yang terjejas akibat bencana banjir yang lepas.

Monday 2 February 2015

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Kemaman 2015.


Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Kemaman 2015 | Pada 25.01.2015 SK Padang Kubu (SKPK) telah menghantar seramai lapan orang peserta (4 lelaki dan 4 perempuan) bagi mewakili sekolah ke pertandingan merentas desa peringat daerah yang telah diadakan di SMK Sri Bandi, Kemaman.

Barisan belakang dari kiri: Nabila (Ayu), Alif, Qayyum, Akif Irfan dan Amirul
Barisan depan dari kiri: Atikah, Sharifah, Sarah dan Rahina.

Monday 26 January 2015

Majlis Perlantikan Pengawas & Penyerahan Watikah



Majlis Perlantikan Pengawas dan Penyerahan Watikah | Badan-badan pengawas yang terlibat adalah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Majlis ini telah diadakan di Dewan Haji Abdul Rahman Limbong SK Padang Kubu dan telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh pegawai polis daerah Kemaman merangkap pegawai perhubungan bagi SK Padang Kubu. 

Majlis diserikan lagi dengan pemberian sijil watikah pelantikan kepada semua pengawas dan juga tanda nama (nametag) serta pemakaian blazer baru bagi ketua pengawas sekolah dan penolong ketua pengawas sekolah. 

Ucapan Perasmian 

Monday 12 January 2015

Program Transisi Tahun 1



Prorgram Transisi tahun 1 | Program ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan pendidikan tidak formal dirumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah. 

Perlaksanaan program ini dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.

Melalui program ini, ia dapat mempertingkatkan minat dan semangat murid untuk hadir ke sekolah tanpa banyak masalah.

Manakala guru-guru pula dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran dan pengajaran formal di tahun satu.


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang minggu transisi tahun satu.

Saturday 10 January 2015

Gotong-royong pasca banjir



Gotong-royong pasca banjir | Pada 8.01.2015 sekali lagi SK Padang Kubu dibadai air banjir untuk kali ke-3 dan kali pertama untuk tahun 2015 yakni dua hari sebelum sesi persekolah baru dibuka.


Air banjir yang membawa lumpur sekali lagi mencemarkan persekitaran serta kelengkapan sekolah.